Thursday, 24 January 2013
Rich Choc Oat Brownies
Brownies berperisa campuran Nutella dan coklat gelap, berintikan oat yang berserat tinggi. Enak dihidang ketika sejuk.
Wednesday, 16 January 2013
Banana Split Dessert
Bermula dengan crust coklat segar lagi rangup di bahagian dasar, diselangi kemudian dengan lapisan krim keju tebal, hirisan pisang dan nenas, berakhir dengan salutan topping whip cream serta kekacang badam, ini adalah sebuah dessert yang harus anda cuba!
Monday, 14 January 2013
10 Faedah Coklat
1. Coklat Mengurangkan Risiko Strok
Dalam sebuah kajian Sweden 2011, didapati wanita yang memakan coklat lebih daripada 45g seminggu, mempunyai risiko strok 20% lebih rendah daripada wanita yang memakan coklat kurang daripada 9g.
2. Coklat Mempertingkatkan Kesihatan Jantung
Pemakanan coklat yang kerap boleh merendahkan tekanan darah, kolesterol LDL, dan seterusnya risiko penyakit jantung. Unsur melawan keradangan dalam dark chocolate (coklat gelap), mampu mengurangkan risiko kardiovaskular.
3. Coklat Mengenyangkan
Menurut Dr. David Katz, pengarah Pusat Penyelidikan Pencegahan Universiti Yale, dan juga seorang blogger Huffpost, coklat boleh mengenyangkan kerana coklat diperkaya dengan serat. Didapati juga dalam sebuah kajian Universiti Copenhagen, dark chocolate adalah lebih baik daripada susu, dan mampu mengurangkan keinginan untuk makanan manis, masin dan berlemak.
4. Coklat Boleh Melawan Kencing Manis
Dalam sebuah kajian Itali 2005, didapati pemakanan coklat yang kerap, meningkatkan sensitiviti insulin, lantas mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
5. Coklat Melindungi Kulit
Antioksidan flavonoid dalam dark chocolate, mampu melindungi kulit daripada kerosakan UV matahari.
6. Coklat Menghilangkan Batuk
Ramuan theobromin dalam coklat boleh mengurangkan aktiviti saraf vagus, yakni bahagian otak yang mencetuskan pembatukan. Pada penghujung 2010, BBC melaporkan para saintis sedang menyelidiki dadah mengandungi theobromin, bagi menggantikan ubat batuk yang mempunyai kodin, sebuah elemen mempunyai kesan sampingan berisiko.
7. Coklat Mempertingkatkan Mood
Memang tidak dapat dinafikan, menikmati sekali-sekala makanan manis seperti coklat, mampu membuat seseorang itu berasa hebat. Pemakan coklat juga didapati merasai kurang tertekan dalam hidup.
8. Coklat Meningkatkan Aliran Darah
Menurut Dr. Fitzgerald, koko mempunyai unsur anti-pembekuan dan unsur penipisan darah seperti aspirin, yang boleh meningkatkan aliran serta edaran darah.
9. Coklat Meningkatkan Penglihatan
Lantaran kemampuan coklat melancarkan aliran darah, khususnya ke bahagian otak, para penyelidik Universti Reading telah membuat hipotesis dalam sebuah kajian 2011, bahawa coklat juga mampu melancarkan aliran darah ke bahagian retina, sekaligus meningkatkan penglihatan.
10. Coklat Membuat Anda Bijak
Peningkatan aliran darah ke otak, yang disebabkan oleh flavanol koko, boleh menjadikan seseorang itu lebih cergas. Dalam sebuah kajian British, didapati juga individu yang memakan coklat, boleh mengira dengan lebih baik.
(Dipetik dari Huffpost Healthy Living)
Saturday, 12 January 2013
Crepe Durian
Crepe durian yang menjadi trend kesukaan ramai masa kini. Dengan lapisan kulit crepe lembut, berintikan krim berlemak perisa durian. Kenikmatan bertambah ketika disaji sejuk. Apa yang lebih menarik, terdapat inti dalam perisa lain seperti blueberry & mentega kacang. Jom pekena hidangan crepe bagi merasai kelainannya.
Thursday, 10 January 2013
Oreo Balls
Hancuran oreo lazat, disebatikan dengan keju berlemak, untuk membentuk bebola dessert, dan seterusnya disalut dengan coklat pekat, menjanjikan sebuah pengalaman yang pasti membuat anda ketagih untuk mencuba lagi!
Subscribe to:
Posts (Atom)