Pavlova adalah sebuah pencuci mulut berasaskan meringue, dicipta dan dinamakan sebegitu sempena lawatan penari ballet, Anna Matveyevna Pavlova (1881-1931), ke Australia dan New Zealand dalam tahun 20-an. Namun, identiti penciptanya tidak dapat dikenal pasti, dan masih menjadi kontroversi antara dua buah negara tersebut.
Pavlova merupakan sebuah hidangan terkenal, dan masakan kebangsaan kedua-dua buah negara itu. Resipinya yang mudah telah menjadikannya hidangan yang sering dijamu ketika musim perayaan mahupun cuti.
Ingin mencuba Pavlova untuk mengenalinya lebih dekat? Cubalah resipi kami di sini.
No comments:
Post a Comment