Monday, 19 November 2012

Cake In A Jar

Memperkenalkan resipi yang kini menjadi perhatian masa kini: Cake In A Jar. Ia merupakan kek yang diacuankan dalam balang yang comel, sekaligus menjadikannya sebuah pemberian yang amat sesuai untuk setiap majlis. 


Terdapat tiga jenis pilihan kek untuk dinikmati, iaitu kek rainbow, red velvet & coklat. Apa yang lagi menarik adalah setiap daripada kek ini mempunyai topping keju krim tersendiri, dengan perisa pilihan nutella, blueberry atau oreo.

Cubalah sebuah Cake In A Jar hari ini!




Kek Pertunangan Coklat Moist Ain & Fazril


Thursday, 15 November 2012

Biskut - Tahukah Anda?














  • Biskut biscotti adalah biskut yang dibakar dua kali, dan dikenali juga sebagai biskut cantuccini
  • Biskut cip coklat adalah biskut paling digemari di Amerika. Kononnya, biskut ini dibuat secara tidak sengaja oleh Ruth Wakefield pada tahun 1933, apabila beliau telah menggantikan kacang yang kehabisan dengan coklat, ke dalam adunan biskut beliau.
  • Biskut mula dibuat di Persia pada tahun 7 A.D. di mana rupa biskut pada masa itu lebih mirip kepada bentuk kek.
  • Biskut gingerbread dari Jerman, adalah biskut pertama yang dikaitkan dengan perayaan Krismas.
  • Biskut fortune (fortune cookie) pertama telah dibuat di Amerika. Sebenarnya, tradisi biskut fortune ini adalah tradisi Jepun, dan bukan tradisi Cina yang sering diwar-warkan.
  • Mengikut statistik, anda akan makan 35,000 keping biskut sepanjang hayat anda.

Monday, 12 November 2012

Alkisah Sebuah Mitos Tentang Kek Red Velvet

Antara mitos yang paling menarik tentang kek red velvet adalah kisah yang melibatkan Hotel Waldorf Astoria di bandar New York pada sekitar tahun 20-an.

Kononnya chef hotel telah membuat sebuat kek red velvet, yang merupakan pencuci mulut terkenal hotel tersebut.

Seorang pelanggan wanita hotel telah menjamah, lantas terasa teruja tentang kek itu. Beliau terus menulis kepada chef hotel untuk meminta resipi kek red velvet tersebut. Chef hotel bertindak menghantar resipi, tetapi dengan bil sebanyak $350!

Terkejut atas harga yang diminta, pelanggan wanita itu membalas dendam, dengan menghantarkan resipi tersebut kepada ratusan di luar melalui surat berangkai. 

Lantaran itu, kek red velvet juga dikenali sebagai kek Waldorf-Astoria.

Kek Pertunangan Coklat Moist Wani & Ilyas






Coklat Moist Cheezy Cake


Saturday, 10 November 2012

Mini Pavlova - Sedap Sangat!!!

"Menarik dilihat, sedap dimakan, tidak terlalu manis, sedap sangat." 

Begitulah komen yang dibuat saudari Najwa apabila sempat menjamah sepotong Mini Pavlova. Beliau sendiri adalah seorang peminat pavlova, khususnya yang mempunyai aneka buah-buahan. Beliau telah memesan dua biji baru-baru ini untuk sajian bersama rakan sepejabat beliau.

Wednesday, 7 November 2012

Alkisah Sebuah Mitos Tentang Paf Krim

Satu mitos yang menyelubungi sejarah paf krim adalah resipi ini kononnya dicipta oleh seorang tukang masak bernama Popelini berkhidmat di bawah Catherine de Medici. Catherine de Medici pula, bukan sahaja merupakan anak perempuan kepada Medicis, keluarga Itali terkenal zaman Renaissance, malah adalah ratu Perancis era tersebut. Pengiktirafan telah diberi kepada Popelini kerana telah mencipta pencuci mulut yang lazat ini. Oleh kerana Catherine adalah seorang penaung seni, ramai yang menganggap bahawa penghayatan tinggi beliau dalam seni adalah selari dengan penghayatan seni masakan di dapur.

Friday, 2 November 2012

Mencari Hadiah Yang Sesuai

Adakah anda sedang mencari pemberian sesuai untuk majlis perkahwinan akan datang? Atau anda sedang mengkaji hadiah untuk diberi sempena majlis rumah terbuka rakan terdekat? Ingin pergi ke majlis harijadi yang dijemput, tetapi tidak mempunyai idea buah tangan untuk dibawa sekali?

Usah mencari lanjut! Cubalah tat keju ataupun cupcake red velvet kami sebagai pilihan anda. Sebuah pemberian yang amat sesuai untuk setiap majlis.

Setiap item dibuat dengan penuh teliti bagi menjamin kesempurnaan dan kepuasan anda. Sentuhan halus homemade menandakan keikhlasan tulus hati dalam setiap adunan. Dalam setiap rasa, pasti akan terpahat pengalaman dan memori manis yang berkekalan.

Cubalah gift box kami hari ini untuk pemberian yang dicari-cari!