Friday, 2 November 2012

Mencari Hadiah Yang Sesuai

Adakah anda sedang mencari pemberian sesuai untuk majlis perkahwinan akan datang? Atau anda sedang mengkaji hadiah untuk diberi sempena majlis rumah terbuka rakan terdekat? Ingin pergi ke majlis harijadi yang dijemput, tetapi tidak mempunyai idea buah tangan untuk dibawa sekali?

Usah mencari lanjut! Cubalah tat keju ataupun cupcake red velvet kami sebagai pilihan anda. Sebuah pemberian yang amat sesuai untuk setiap majlis.

Setiap item dibuat dengan penuh teliti bagi menjamin kesempurnaan dan kepuasan anda. Sentuhan halus homemade menandakan keikhlasan tulus hati dalam setiap adunan. Dalam setiap rasa, pasti akan terpahat pengalaman dan memori manis yang berkekalan.

Cubalah gift box kami hari ini untuk pemberian yang dicari-cari!

No comments:

Post a Comment