Wednesday, 7 November 2012

Alkisah Sebuah Mitos Tentang Paf Krim

Satu mitos yang menyelubungi sejarah paf krim adalah resipi ini kononnya dicipta oleh seorang tukang masak bernama Popelini berkhidmat di bawah Catherine de Medici. Catherine de Medici pula, bukan sahaja merupakan anak perempuan kepada Medicis, keluarga Itali terkenal zaman Renaissance, malah adalah ratu Perancis era tersebut. Pengiktirafan telah diberi kepada Popelini kerana telah mencipta pencuci mulut yang lazat ini. Oleh kerana Catherine adalah seorang penaung seni, ramai yang menganggap bahawa penghayatan tinggi beliau dalam seni adalah selari dengan penghayatan seni masakan di dapur.

No comments:

Post a Comment